Rajin dan Bersemangat
Aku perasan ramai orang menganggap seseorang itu rajin hanya apabila dia sentiasa bersemangat. Ramai juga yang percaya bahawa rajin dan semangat adalah perkara yang sama.
Sebenarnya, pandangan itu tidak begitu tepat. Rajin bukan bergantung pada semangat semata-mata. Jika seseorang tetap melakukan sesuatu walaupun dia berasa malas, itu juga adalah kerajinan.
Ini kerana semangat boleh datang dan pergi. Ada hari kita bersemangat, ada hari kita tidak bersemangat. Namun, apabila kita tetap melakukan tugas dan tanggungjawab walaupun tidak ada semangat, itu menunjukkan usaha dan disiplin yang tinggi.
Contohnya, seseorang tetap bangun awal pada waktu pagi walaupun dia berasa malas untuk bangun.
Daripada situ, kita boleh belajar bahawa kita tidak perlu menunggu semangat datang sebelum bertindak. Teruskan melakukan apa yang perlu dilakukan walaupun semangat tidak ada. Itulah disiplin, dan itulah juga kerajinan.
Kesimpulannya, rajin bukan diukur melalui semangat, tetapi melalui tindakan. Seseorang yang tetap melakukan sesuatu walaupun dalam keadaan malas tetap boleh dianggap sebagai seorang yang rajin.
Ulasan
Catat Ulasan