AI, Manusia dan Cara Aku Melihatnya
Aku pernah dengar orang kata AI akan menguasai manusia suatu hari nanti.
Bila aku fikir semula, aku rasa AI hanyalah alat. Sama seperti buku, guru dan internet.
Sebelum wujudnya AI, manusia sudah belajar daripada pelbagai sumber. Mana ada manusia yang tiba-tiba tahu sesuatu perkara tanpa belajar daripada sesiapa atau daripada mana-mana sumber.
Dulu kita belajar daripada guru.
Kemudian kita membaca buku.
Selepas itu kita menggunakan internet.
Hari ini kita ada AI.
Jadi bagi aku, AI hanyalah satu lagi alat untuk membantu manusia belajar.
Aku tidak menganggap penggunaan AI untuk belajar sebagai sesuatu yang menipu. Jika digunakan untuk mencari ilmu, memahami sesuatu perkara dan membina diri menjadi lebih baik, itu juga adalah proses pembelajaran.
Tetapi aku percaya satu perkara.
Kalau kita tidak mahu terlalu bergantung kepada AI, jangan gunakan AI hanya untuk mendapatkan jawapan.
Gunakan AI untuk bertanya.
Semakin banyak kita bertanya, semakin banyak kita berfikir.
Semakin banyak kita berfikir, semakin banyak perkara yang kita fahami.
AI boleh memberi jawapan, tetapi manusia tetap perlu menggunakan akal untuk menilai dan memahami jawapan tersebut.
Pada akhirnya, aku sedar bahawa AI bukanlah masalah.
Masalah sebenar berlaku apabila manusia berhenti berfikir.
Bagi aku, AI tidak akan menguasai manusia selagi manusia terus menggunakan akal, terus bertanya dan terus belajar.
Pengajaran:
AI hanyalah alat. Sama seperti buku dan internet. Jika digunakan untuk belajar dan membina diri, ia boleh memberi manfaat. Namun manusia tetap perlu berfikir, menilai dan membuat keputusan sendiri. Itulah yang membezakan manusia dengan teknologi.
Ulasan
Catat Ulasan