Nasib Baik Orang Tak Perasan
Hari ni aku penat sebab ada tolong kawan tolak motosikal.
Cuaca pula panas. Dalam kepala, aku teringat nak pergi pasar. Aku teringin nak minum air kelapa.
Masalahnya, bila tengok akaun bank, duit yang ada cuma RM1.01.
Aku pun cakap dekat mak yang aku teringin nak beli air kelapa di pasar.
Alhamdulillah, mak aku bagi pinjam duit.
Aku pun rasa seronok.
Tak lama lepas tu, mak suruh aku pergi pasar untuk beli sate.
Aku pun pergi ke pasar.
Bila sampai, penjual sate yang biasa jual di situ rupanya cuti selama dua minggu.
Aku terus telefon mak dan beritahu perkara tu.
Sebelum pergi cari sate di tempat lain, aku teringin pula nak makan char kuew teow.
Aku pun pergi ke kedai char kuew teow.
Masa tu ramai orang sedang beratur.
Bila sampai giliran aku, aku buka aplikasi bank pada telefon.
QR kod pula tergantung di bawah khemah.
Aku pun angkat telefon untuk scan.
Tiba-tiba aku teringat yang baki dalam akaun bank aku cuma RM1.01.
Yang kelakarnya, jumlah RM1.01 tu terpampang jelas pada skrin telefon.
Nasib baik orang di sekeliling tak perasan.
Kalau tidak, satu kedai tahu baki akaun aku hari tu.
Aku pun beli char kuew teow.
Lepas tu aku pergi pula ke tempat lain untuk cari sate.
Alhamdulillah, ada orang yang masih menjual sate.
Aku pun beli sate seperti yang mak pesan.
Bila ingat balik, aku sendiri tergelak.
Pergi pasar sebab nak beli sate.
Tapi sempat teringin air kelapa, teringin char kuew teow, dan hampir-hampir satu kedai nampak baki akaun aku yang tinggal RM1.01.
Alhamdulillah, syukur.
PENGAJARAN
Kadang-kadang perkara yang kelihatan biasa dalam hidup boleh menjadi kenangan yang membuat kita tersenyum apabila dikenang semula.
Walaupun keadaan tidak sentiasa seperti yang kita harapkan, masih ada nikmat yang boleh disyukuri.
Alhamdulillah atas setiap rezeki dan kemudahan yang Allah berikan.
Ulasan
Catat Ulasan