Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

Nasib Baik Orang Tak Perasan

Hari ni aku penat sebab ada tolong kawan tolak motosikal. Cuaca pula panas. Dalam kepala, aku teringat nak pergi pasar. Aku teringin nak minum air kelapa. Masalahnya, bila tengok akaun bank, duit yang ada cuma RM1.01. Aku pun cakap dekat mak yang aku teringin nak beli air kelapa di pasar. Alhamdulillah, mak aku bagi pinjam duit. Aku pun rasa seronok. Tak lama lepas tu, mak suruh aku pergi pasar untuk beli sate. Aku pun pergi ke pasar. Bila sampai, penjual sate yang biasa jual di situ rupanya cuti selama dua minggu. Aku terus telefon mak dan beritahu perkara tu. Sebelum pergi cari sate di tempat lain, aku teringin pula nak makan char kuew teow. Aku pun pergi ke kedai char kuew teow. Masa tu ramai orang sedang beratur. Bila sampai giliran aku, aku buka aplikasi bank pada telefon. QR kod pula tergantung di bawah khemah. Aku pun angkat telefon untuk scan. Tiba-tiba aku teringat yang baki dalam akaun bank aku cuma RM1.01. Yang kelakarnya, jumlah RM1.01 tu t...

Bila Hati Mula Membandingkan Diri

Hari ini hati aku rasa kosong. Rasa macam down bila melihat kehidupan orang lain. Aku tengok orang lain nampak tenang. Nampak bahagia. Nampak macam hidup mereka berjalan dengan baik. Tapi bila aku tengok diri sendiri... Aku rasa macam terlalu lemah. Bukan lemah dari segi badan. Tapi hati. Hati aku bertanya... Kenapa hidup aku begini? Kenapa hidup orang lain macam tu? Kenapa mereka nampak tenang sedangkan aku masih bergelut dengan perasaan sendiri? Aku cuba cari jawapan. Aku cuba pujuk diri. Tapi semakin aku fikir, semakin hati terasa kosong. Sampai satu ketika aku sedar... Mungkin masalahnya bukan sebab hidup aku terlalu susah. Mungkin sebab aku terlalu banyak melihat kehidupan orang lain. Aku melihat kejayaan mereka. Aku melihat kebahagiaan mereka. Tapi aku terlupa untuk melihat perjalanan hidup aku sendiri. Aku terlupa bahawa setiap orang sedang berjuang dengan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kewangan. Ada yang diuji dengan kesi...

Aku bukan macam orang lain...

Imej
Hari ni lepas aku bangun daripada tidur, badan rasa penat. Tapi yang lebih penat sebenarnya bukan badan... hati. Aku buka media sosial macam biasa. Aku nampak kawan-kawan post gambar bersukan, bergelak ketawa, keluar bersama rakan-rakan. Mereka nampak gembira. Mereka nampak tenang. Dan tanpa sedar, aku mula membandingkan hidup aku dengan hidup mereka. Aku tertanya-tanya... Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa aku masih hidup dalam ketakutan? Mungkin ramai yang tak tahu. Dulu aku bukan macam orang lain. Aku seorang yang sangat pemalu. Aku jarang keluar rumah. Nak bercakap dengan orang pun susah. Hari demi hari aku banyak menghabiskan masa bersendirian. Sehinggalah satu hari, aku berkawan dengan seseorang. Bagi orang lain mungkin itu perkara biasa. Tapi bagi aku, persahabatan itu mengubah hidup aku. Daripada situlah keberanian aku mula muncul sedikit demi sedikit. Aku mula berani keluar rumah. Aku mula berani berjumpa orang. Aku mula berani melihat dunia di luar. Dan akhirnya... Aku mula b...

Rezeki Bukan Sekadar Duit

Imej
Duit boleh hilang. Tapi jangan pernah fikir rezeki dah berhenti datang. Ramai orang hilang rasa syukur sebab terlalu sibuk melihat apa yang orang lain ada. Bila nampak orang lain lebih kaya, lebih berjaya, kita mula rasa hidup kita kurang. Sedangkan rezeki bukan sekadar duit. Masih boleh bernafas hari ini, itu rezeki. Masih ada keluarga yang ambil berat, itu rezeki. Masih diberi peluang untuk bangun semula selepas jatuh, itu juga rezeki. Kadang-kadang kita rasa miskin bukan kerana kurang rezeki. Tetapi kerana terlalu fokus pada rezeki orang lain. Ingat... Setiap orang diuji dengan jalan yang berbeza. Dan rezeki juga datang dalam bentuk yang berbeza.