Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2026

Berhenti Menjadi Penonton Kehidupan Orang Lain

Setiap kali aku melihat orang lain mencapai impian mereka, aku tertanya-tanya... kenapa aku masih di tempat yang sama? Dalam hati, ada kesedihan yang aku pendam sendirian. Ada masanya aku hampir berputus asa kerana merasakan diri ini tidak cukup baik. Kemudian aku sedar, selama ini aku terlalu sibuk melihat perjalanan orang lain, sehingga aku terlupa untuk menghargai perjalanan hidup aku sendiri. Aku hanya ada dua pilihan. Terus membandingkan diri dan hidup dalam kekecewaan... atau berhenti memandang ke kiri dan ke kanan, lalu fokus pada langkah yang sedang aku bina. Aku akhirnya memilih untuk terus melangkah. Kerana jika aku berhenti, yang rugi bukan mereka... tetapi aku sendiri. Barulah aku faham, setiap orang mempunyai jalan, ujian dan waktunya yang berbeza. Jangan jadikan kejayaan orang lain sebagai sebab untuk berhenti mengejar kejayaan sendiri. Mungkin perjalanan kita lebih perlahan, tetapi selagi kita masih melangkah, kita belum gagal.

Baru Nak Happy...

Baru Nak Happy... Bulan ni... Aku baru je nak rasa happy. Sebab duit dalam akaun dah lebih banyak daripada biasa. Dalam hati aku fikir, "Alhamdulillah... bulan ni bolehlah rasa lega sikit." Tak sangka... Lepas aku bangun daripada tidur... Aku capai telefon. Buka WhatsApp. Tiba-tiba masuk satu mesej. "Insurans motor anda akan tamat tidak lama lagi." Aku terus mengeluh. "Adoii... kena renew balik rupanya." Masa duit dalam akaun sikit... Tak ada pula mesej macam ni. Tapi bila duit dah banyak sikit... Tiba-tiba insurans motor pula nak tamat. Adoii... Macam-macam dugaan. Tapi bila fikir balik... Memang itulah tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Semoga Allah terus murahkan rezeki kita dan memudahkan setiap urusan.