Di Masa Kecil Ku - Setahun Mengumpul Duit Untuk Nokia Java 📱
Selain lampu suluh, aku juga sangat minat telefon.
Tapi bukan telefon Android seperti sekarang.
Aku mengimpikan sebuah telefon Nokia Java yang harganya lebih kurang RM100 lebih sahaja.
Hari ini mungkin RM100 nampak kecil. Tetapi bagi aku waktu itu, jumlah itu sangat besar.
Aku mengumpul duit sedikit demi sedikit. Aku simpan duit yang aku ada. Aku bersabar dan terus menabung.
Akhirnya, selepas setahun mengumpul duit, aku berjaya membeli telefon yang aku impikan.
Perasaan gembira ketika itu memang susah untuk digambarkan. Telefon itu mungkin biasa bagi orang lain, tetapi bagi aku ia adalah hasil daripada usaha selama setahun.
Pengajaran: Bila kita berusaha dan bersabar untuk mendapatkan sesuatu, kita akan lebih menghargai apa yang kita miliki.

Ulasan
Catat Ulasan