Rezeki Bukan Sekadar Duit
Duit boleh hilang.
Tapi jangan pernah fikir rezeki dah berhenti datang.
Ramai orang hilang rasa syukur sebab terlalu sibuk melihat apa yang orang lain ada.
Bila nampak orang lain lebih kaya, lebih berjaya, kita mula rasa hidup kita kurang.
Sedangkan rezeki bukan sekadar duit.
Masih boleh bernafas hari ini, itu rezeki.
Masih ada keluarga yang ambil berat, itu rezeki.
Masih diberi peluang untuk bangun semula selepas jatuh, itu juga rezeki.
Kadang-kadang kita rasa miskin bukan kerana kurang rezeki.
Tetapi kerana terlalu fokus pada rezeki orang lain.
Ingat...Setiap orang diuji dengan jalan yang berbeza.
Dan rezeki juga datang dalam bentuk yang berbeza.

Ulasan
Catat Ulasan