Di Masa Kecil Ku - Mengambil Gambar Dengan Kamera Kertas
Bila terkenang zaman kecil dulu, ada satu perkara yang aku masih ingat sampai hari ini.
Aku suka memegang kamera yang diperbuat daripada kertas.
Aku akan melukis bentuk kamera di atas kertas dan mengguntingnya.
Selepas itu, aku akan membawa kamera kertas tersebut ke mana-mana.
Pada waktu itu, mak dan ayah aku bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah tahfiz.
Disebabkan itu, aku banyak menghabiskan masa di kawasan kantin tersebut sementara menunggu mereka bekerja.
Aku suka berjalan di sekitar kawasan itu sambil memegang kamera kertas yang aku buat sendiri.
Kadang-kadang aku akan menghalakan kamera itu ke arah bunga.
Kadang-kadang ke arah tempat-tempat yang menarik pada pandangan aku.
Walaupun kamera itu hanya diperbuat daripada kertas, dalam imaginasi aku ketika itu, aku sedang mengambil gambar.
Aku masih ingat betapa seronoknya aku melakukan perkara itu.
Bila dikenang semula hari ini, ia mungkin kelihatan seperti perkara yang biasa.
Tetapi itulah sebahagian daripada kenangan zaman kanak-kanak yang masih tersimpan dalam ingatan aku sehingga sekarang.
Pengajaran
Kadang-kadang kebahagiaan pada zaman kanak-kanak tidak memerlukan barang yang mahal. Dengan imaginasi yang ada, perkara yang sederhana juga mampu mencipta kenangan yang kekal dalam ingatan sampai dewasa.
Ulasan
Catat Ulasan