Di Masa Kecil Ku - Kamera Kertas dan Impian Menjadi Wartawan 📸
Masa kecil dulu, aku sangat suka mengambil gambar.
Masalahnya, aku tidak mempunyai kamera.
Tetapi itu tidak menghalang aku untuk terus berimaginasi.
Aku mengambil sekeping kertas dan melukis bentuk sebuah kamera. Selepas itu aku menggunting kertas tersebut mengikut bentuk kamera yang aku lukis.
Dan itulah kamera aku.
Aku membawanya ke sana sini dan berpura-pura mengambil gambar seperti kamera sebenar.
Sebenarnya, aku berangan untuk menjadi seorang wartawan.
Walaupun aku tidak mempunyai kamera sebenar, aku tetap gembira dengan "kamera" yang aku cipta sendiri.
Bila dikenang semula hari ini, aku hanya mampu tersenyum dan ketawa.
Pengajaran: Kekurangan bukan alasan untuk berhenti bermimpi. Jika kita benar-benar minat sesuatu, kita akan sentiasa mencari cara untuk mendekatinya walaupun dengan apa yang kita ada.

Ulasan
Catat Ulasan