Jangan Biar Putus Asa Menamatkan Perjuanganmu
Setiap hari aku berusaha mengubah hidup. Hari demi hari berlalu, tetapi hasil yang aku tunggu masih belum kelihatan.
Dalam diam, satu suara mula memenuhi fikiran.
"Sudahlah... sampai bila kau nak buat semua ni? Dah lama kau mencuba, tapi apa yang berubah?"
Aku mula sedar, masalahnya bukan kerana aku tidak mampu. Masalahnya kerana aku terlalu cepat mengharapkan hasil, sedangkan usaha aku masih terlalu sedikit.
Kini aku berada di persimpangan. Berhenti dan kekal di tempat yang sama, atau terus melangkah walaupun perlahan.
Aku memilih untuk teruskan. Bukan kerana aku pasti akan berjaya esok, tetapi kerana aku pasti tidak akan berjaya jika aku berhenti hari ini.
Hidup ini belum tamat selagi nafas masih ada. Jangan biarkan putus asa mengakhiri perjuangan yang sebenarnya baru sahaja bermula. Kerana setiap kegagalan bukan pengakhiran, tetapi guru yang mengajar kita menjadi lebih baik.
Ulasan
Catat Ulasan