Baru Nak Happy...
Baru Nak Happy...
Bulan ni...
Aku baru je nak rasa happy.
Sebab duit dalam akaun dah lebih banyak daripada biasa.
Dalam hati aku fikir,
"Alhamdulillah... bulan ni bolehlah rasa lega sikit."
Tak sangka...
Lepas aku bangun daripada tidur...
Aku capai telefon.
Buka WhatsApp.
Tiba-tiba masuk satu mesej.
"Insurans motor anda akan tamat tidak lama lagi."
Aku terus mengeluh.
"Adoii... kena renew balik rupanya."
Masa duit dalam akaun sikit...
Tak ada pula mesej macam ni.
Tapi bila duit dah banyak sikit...
Tiba-tiba insurans motor pula nak tamat.
Adoii...
Macam-macam dugaan.
Tapi bila fikir balik...
Memang itulah tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Semoga Allah terus murahkan rezeki kita dan memudahkan setiap urusan.

Ulasan
Catat Ulasan