Aku tak sangka, pagi tadi aku dapat jumpa opah lagi...

Kisah Aku

Hari ni aku baru bangun tidur.

Dalam mimpi tadi, aku berada di rumah opah bersama mak aku yang sekarang masih hidup.

Opah sedang baring di atas katil.

Masa tu, aku macam tak percaya sebab aku tahu opah dah tiada.

Aku berdiri memandang opah dari jauh.

Aku menggosok mata aku.

Aku cakap,

Real ke ni?

Aku gosok mata aku lagi.

Lepas tu aku tanya opah,

Opah sihat ke?

Opah menjawab,

Opah sihat, alhamdulillah.

Suara tu memang sebijik macam suara opah aku.

Lepas tu aku terbangun dari tidur.

Dalam hati aku doa,

Ya Allah, aku rindu opah. 
Opah tunggu ye, kat syurga nanti..

Beberapa saat kemudian, air mata aku mengalir kerana rindu.

Kesedaran

Kadang-kadang kita baru sedar betapa dalamnya rasa rindu itu bila seseorang yang kita sayang hadir semula dalam mimpi.

Walaupun hanya sekejap.

Dan bila kita terjaga...

Barulah kita sedar, orang yang kita rindukan itu sebenarnya sudah tiada.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AI, Manusia dan Cara Aku Melihatnya

Bila Gusi Sakit Mengajar Aku Tentang Kesabaran 🦷🙂

Rutin Lama Sedang Mengawal Hidup Kau